Sunday, May 1, 2011

Penjagaan Cloth Diaper


Sebaik sahaja anda menerima CD :

1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ini adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Semakin banyak kali anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh mengelakkan kebocoran.

2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. Buang najis ke dalam toilet bowl, keluarkan insert...pancut dgn air yang deras...biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD...jgn risau...basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Tolong jgn guna BERUS! Boleh juga rendam dulu CD yg kena najis terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.

3. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh/rosak.

4. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5. Jangan sesekali seterika CD/basuh guna air panas kerana ia boleh merosakkan lapisan PUL dan menyebabkan CD bocor. Wash temperature: under 30 degree celsius (less than 86 degree Fahrenheit)

6. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan laundry bag/net supaya CD tahan lebih lama. Net ini blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store, Giant...ada pelbagai saiz...pilih ikut kesesuaian.

7. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan CD bocor dan mudah rosak.

8. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, campurkan sedikit ( 1 sudu besar) soda bicarbonate @ sedikit cecair pencuci pinggan 'sunlight' @ dettol semasa sesi basuhan kemudian dibilas dgn air yg bersih.

9. Sebulan sekali @ bila CD dh hilang daya serapan, lakukan 'stripping' wash untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun/minyak yg terkumpul, dgn air suam @ dgn cecair pencuci pinggan "Sunlight'@ dettol, kemudian dibilas dgn sebersih2nya. Ia juga untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di CD. Keadaan ini boleh menyebabkan CD rosak.

10. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama CD kerana ia mungkin menyebabkan kebocoran kerana menghalang lapisan dalam CD menyerap basahan ( lapik CD dengan nappy liner jika ingin menggunakan krim tersebut).

11. Pastikan stok CD mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai CD dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila CD yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dan “wear and tear”.

12. Pilih CD jenis 'Snap button' berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcronya cepat “haus”. Secara umum, CD snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.

0 comments:

Post a Comment